"KADANG KADANG KITA GAGAL SEKETIKA UNTUK MENUJU KEJAYAAN YANG HAKIKI"

Sunday 29 July 2012

MARI BELAJAR TENTANG SOLAT


mari kita baca doa ini







PENGERTIAN SOLAT
  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.
WAKTU SEMBAHYANG
  • Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” 
  • Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
    1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
    2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
    3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

    4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.
    5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.

WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT
  • Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:
    1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
    2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.
    3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).
    4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.
    5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
  • Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
    1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
    2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.
  • Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:
    1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
    2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
    3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
    4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
  • Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.

SYARAT WAJIB SOLAT
  • Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 
  • Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
    1. Beragama Islam.
    2. Baligh.
    3. Berakal.
    4. Suci daripada haidh dan nifas.
    5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
    6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT

  • Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 
  • Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
    1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

    2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

    3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
    4. Menutup aurat.
    5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
 Rukun Solat
  • Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz  atau . Syarat-syarat takbir ialah :
  • Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
  • Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
  • Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
  • Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
  • Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
  • Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
  • Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
  • Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
  • Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
  • Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
  • Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
  • Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
  • Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
  • Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
  • Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

  • Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
  • Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:
Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
  • Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
  • Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
  • Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
  • Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”  atau “An-Nabiy” .
  • Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
  • Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam  iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
  • Diucapkan dengan “kaf al-khitab”  bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
  • Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
  • Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘”  yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
  • Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  • Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
  • Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
  • Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
  • Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
  • Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
  • Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.


 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
    2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
    3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
    a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
    b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
    c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
    d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
    e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
    4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
    a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
    b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
    c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
    d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
    e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
    f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
    5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
    6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
    7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.



MARI BELAJAR TENTANG FARDHU HAJI












. LAMBAIAN KA'ABAH

1.       MAKSUD HAJI :
·         mengunjungi Baitullahilharam di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu
.
2.       MAKSUD UMRAH :
·         menziarahi ka’bah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu

3.       HUKUM MELAKSANAKAN HAJI :
·         Wajib :       
§       bagi yang mampu dan cukup syarat
§       bernazar
·         Sunat :       
§       bagi kanak-kanak yang belum baligh
§       haji kali ke-2

4.       DALIL



5.       UPAH HAJI
·         MAKSUD :
§       Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain
·         SYARAT MEWAKILKAN HAJI
§       telah meningal dunia
§       tidak mempunyai keupayaan fizikal
·         HIKMAH DIHARUSKAN UPAH HAJI
§       memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
§       orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
§       memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia
6.       HIKMAH HAJI
·         BAGI INDIVIDU :
§       menghapuskan dosa-dosa kecil
§       membersihkan jiwa daripada maksiat
§       meningkatkan keimanan
§       mengingati sejarah kecemerlangan tamadun islam
·         BAGI MASYARAKAT :
§       saling berkenalan sesama umat islam
§       membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
§       mengadakan perbincangan mengenai permasalahan umah
§       membentuk pakatan bersama menghadapi musuh islam
7.       SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH :
1.      Islam
2.      Baligh
3.      Akil
4.       Merdeka
5.      Berkemampuan :
§       Syarat-syarat berkemampuan:
-          sihat tubuh badan
-          cukup perbelanjaan pergi balik dan untuk keluarga
-          kenderaan selamat
-          terjamain keselamatan semasa perjalanan dan mengerjakan haji
-          dapat izin suami bagi isteri dan ditemani 2 muhram
8.       RUKUN HAJI
1.      Niat
·         Niat melakukan haji dan dilakukan di miqat manani tertentu( tempat niat )
2.      Wukuf di padang arafah pada 9 zulhijjah
·         Berada di padang arafah walaupun sekejapm antara gelincir matahari hari 9 zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 zulhijjah
3.      Tawaf di ka’bah 7 kali
·         Mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu
·         Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah
·         JENIS-JENIS :
1.       Tawaf qudum
-        Tawaf selamat datang
-        Sunat dilakukan bagi yang baru sampai ke mekah
2.       Tawaf ifadhah
-        Tawaf rukun dan wajib
3.       Tawaf widak
-        Tawaf selamat tinggal
-        Sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan kota mekah
4.       Tawaf sunat
-        Tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa
5.       Tawaf nazar
-        Wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan tawaf
·         SYARAT-SYARAT :
-        Menutup aurat
-        Suci daripada hadas
-        Dilakukan sebanyak 7 kali mengelilingi ka'abah
-        Dimulakan dengan penjuru hajar aswad
-        Mengirikan ka'abah
-        Dilakukan di dalam kawasan masjidil haram
4.      Sa’i
·         Berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali
·         Dilakukan selepas tawaf
·         SYARAT-SYARAT :
-          Dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa
-          Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin
-          Dilakukan selepas tawaf rukun
-          Dilakukan dengan perjalanan biasa
-          Memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa
5.      Bercukur
·         Bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai
6.      Tertib
·         Rukun haji dan umrah yang dilakukan hendaklan dengan susunan yang betul
9.       RUKUN UMRAH
1.       Niat
2.       Tawaf di ka'bah 7 kali
3.       Sa'i
4.       Bercukur
5.       Tertib
10.       HIKMAH DIANJURKAN RUKUN-RUKUN HAJI DAN UMRAH
·         Niat :
§       Dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada allah dengan mengetepikan segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum
§       Dapat memikirkan kebesaran dan keagungan serta mengharapkan keredhan allah
·         Wukuf :
§       Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam denga hawa setelah mereka berpisah
§       Menimbulakan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi allah
·         Sa'e :
§       Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada siti hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya nabi ismail
§       Mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu
·         Bercukur :
§       Sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela yang terdapat pada diri seseorang
§       Menghapuskan dosa
·         Tertib :
§       Dapat melakukan ibadat samada ibadat wajib atau sunat dengan mengikut susunannya
11.       PERKARA WAJIB HAJI ( AMALAN WAJIB HAJI )
·         MAKSUD PERKARA WAJIB HAJI:
-          Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang uang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau denda mengikut kadar yang ditentukan
·         PERKARA / AMALAN WAJIB HAJI
1.       Berniat ihram di miqat
2.       Bermalam di muzdalifah
3.       Melontar jamratul aqabah
4.       Bermalam di mina
5.       Melontar ketiga-tiga jamrah ( jamratul ula, jamratul wusta dan jamratul aqabah )
6.       Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
12.       Perkara Wajib Umrah :
·         berniat ihram di miqat
·         meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
13.       PERKARA SUNAT HAJI :
·         mandi ketika hendak berniat ihram dimiqat
·         sembahyang dua rekaat sebelum berniat ihram
·         memakai pakaian ihram berwarna putih
·         memotong kuku dll.
14.       PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA BERIHRAM
·         memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki)
·         memakai wangi-wangian
·         memotong kuku
·         memotong rambut / menghilangkan mana-mana bulu anggota badan
·         menutup kepala (bagi lelaki)
·         menutup muka dan dua tapak tangan (bagi wanita)
·         memakai minyak rambut di kepala atau janggut
·         mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram
·         berburu binatang buruan darat
·         bernikah atau menikahkan
·         melakukan prkara yang mendorong kepada persetubuhan
·         bersetubuh
15.       HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM :
·         manusia adalah sama sahaja disisi Allah
·         memberi latihan kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
·         menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
·         jemaah haji dapat menumpukan perhatian kepada ibadat haji

16. JENIS / CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI
HAJI IFRAD

MAKSUD :
  • Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, samada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mngerjakan umrah.
KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :
  • lebih afdhal
  • tidak dikenakan dam
  • tetapi jemaah haji perlu mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
HAJI TAMATTUK

MAKSUD :
  • Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji.



KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :
  • memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah haji dalam mengerjakan ibadat haji
  • jemaah haji boleh meninggalkan ihram dengan segera
  • tetapi dikenakan dam
HAJI QIRAN

MAKSUD :
  • Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak.




KEBAIKAN / KEKURANGAN MELAKSANAKAN HAJI INI :
  • memberi kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji
  • mengambil masa yang singkat untuk mengerjakan haji dan umrah
  • tetapi dikenakan dam
17.       DAM
·         MAKSUD :
Denda yang dikenakan kepada orang yang melakaukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
·         JENIS-JENIS DAM
1.      TERTIB TAKDIL
·         MAKSUD :
-            Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut nilaian harga dam
·         JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.       Melakukan persetubuhan yang merosakkan haji sebelum tahallul awal
·         CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê        Menyembelih seekor unta
ê        Menyembelih seekor lembu
ê        Menyembelih 7 ekor kambing
ê        Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta dan diberi makanan tadi kepada fakir miskin di mekah
ê        Berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai harga seekor unta
b.       Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke mekah setelah berniat ihram
·         CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê        Menyembelih seekor kambing
ê        Membeli makanan dengan nilaian harga yang sama dan disedekahkan kepada fakir miskin
ê        Berpuasa dengan bilangan hari sama dengan bilangan cupak makan yang dibeli bagi harga seekor kambing

2.      TERTIB TAKDIR
·         MAKSUD :
-            Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut kadar yang yang ditentukan mengikut kemampuan
·         JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.       Mengerjakan haji tamattuk atau haji qiran
b.       Tidak wukuf di padang arafah
c.       Tidak melakukan perkara wajib haji seperti tidak melontar jumrah dan tidak berihram di miqat
d.       Tidak melakukan tawaf widak
·         CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê        Menyembelih seekor kambing
ê        Berpuasa selama 10 hari iaitu 3 hari di mekah dan 7 hari setelah pulang ke kampung

3.      TAKHYIR TAKDIL
·         MAKSUD :
-            Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan syarak dan boleh membayarnya mengikut nilaian harga dam
·         JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.       Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal dimakan
b.       Memutung, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok di tanah haram yang tumbuh sendiri
·         CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
-            Menyembelih binatan yang sama bandingan dengan binatang yang telah diburu
-            Memberi sedekah makanan kepada fakir miskin mengikut nilai binatang yang disembelih
-            Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli mengikut nilai binatang sembelihan

4.      TAKHYIR TAKDIR
·         MAKSUD :
-            Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan syarak, atau membayarnya mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan
·         JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.       Memotong / mencabut rambut / bulu pada mana-mana bahagian tubuh badan
b.       Mengerat kuku / menaggalkannya
c.       Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
d.       Memakai minyak pada rambut / janggut / misai
e.       Memakai bau-bauan pada pakaian / badan
f.        Melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada persetubuhan
g.       Melakukan persetubuhan kali kedua selepas persetubuhan yang merosakkan haji
h.       Melakukan persetubuhan selepas tahallul pertama
·         CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN ( dibenarkan memilih mana-mana cara berikut )
-            Menyembelih seekor kambing
-            Bersedekah kepada enam orang fakir miskin, tiap-tiap seorang 2 cupak
-            Berpuasa selama 3 hari


18.       HIKMAH DIANJURKAN DAM SEMASA MELAKSANAKAN HAJI
·          melatih manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadat
·          supaya sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji
·          supaya bersungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa menunaikan ibadat haji
·          supaya dapat menunaikan ibadat haji dengan teratur